Kampung
ini sangat terkenal dengan kewujudan kelip-kelip yang bercahaya
terutama pada waktu malam, yang boleh anda saksikan apabila menaiki
bot atau sampan untuk menyusuri sungai. Di sini anda akan menemui
jawapan kepada misteri alam di mana terdapat banyak lokasi hinggapan
kelip-kelip di sini. Dikatakan terdapat dua tempat di dunia ini
yang mempunyai keajaiban misteri kunang-kunang dan salah satunya
ialah Kampung Kuantan.
Pada
hari ini, Kampung Kuantan sangat terkenal kepada pelancong tempatan
dan antarabangsa kerana keunikan warisannya iaitu kelip-kelip yang
berkelip-kelip hinggap pada spesis pokok bakau, yang dipanggil pokok
berembang. Pokok Berembang atau nama spesifiknya Sonneratia Caselaris
ialah sejenis pokok bakau yang hidup liar di sepanjang tebing Sungai
Selangor. Pokok ini memerlukan persekitaran lembap dan berpaya untuk
hidup. Pokok Berembang merupakan faktor penting kepada kewujudan
kelip-kelip ini kerana ia memberi sumber makanan kepada mereka.
Kelip-kelip akan menyedut cecair daun pokok berembang untuk dijadikan
makanan.
|